Saturday, 16 August 2014

Ukays Studio

Pemasangan besi stud, setiap 2'. Penggunaan laser untuk memastikan metal stud berada betul betul tegak dengan sudut 90°. Kebiasaanya, ramai yang kurang pentingkan benda macam ni, biasanya kita gunakan pembaris air. Boleh jugak tapi setelah pengalaman aku beberapa tahun ni, metal stud di Malaysia cuma menghampiri .35 BMT Dan kadang kadang datang Dari factory pun melengkung. So, x salah kalau gunakan laser sebagai langkah mengelakkan masalah.
Memunggah barang. Dah banyak gypsum board yang aku cuba, Kali ni aku cuba gypsum board dari euroboard. Kalau banding dgn jenama boral dh tentu la dia lg murah tp aku kurang suka guna jenama euroboard, campuran gypsum dia terlalu padat, senang patah dua. Nak screw pun susah nak dapat level kedalam screw yg sepatutnya. Lepas ni mmg x nak la pakai jenama euroboard. Tapi, metal stud dia aku suka ketebalan stud tu betul betul .35bmt. Keras la Dr brand lain.

Dulu bahagian glass aku suruh cina je yg psg. Senang, x yah nak serabut kepala. To kebanyakan contractor cina yg nak pasang confirm dia nak dtg tgk lubang cermin. Ada kebanyakannya x nak pasang kalau bukan cina yg psg partition. Maksud dia, tokey cina. Even kalau Indon semata mata buat lubang cermin pun dia x nak melainkan kalau tokey dia cina. Mula mula menyampah jugak bajet good good je diorg ni tp start aritu aku dah paham kenapa diorg x nk. Masalah pertama :
1. Bahagian besi x tegak.
2. Lubang cermin x 90°.
So, kalau korg cr Indon yg buat partition cuba cr Indon yg sanggup psg cermin sekali. BG aku, kalau Indon tu berani psg vermin sekali, kemungkinan besar, lubang pintu or lubang cermin x senget ^^… 
Besi melintang tu pulak aku buat tuk pastikan besi aku tak senget waktu screw. Maklumlah bila metal stud lembut, besi tu mudah tersenget bila tekan nk scew. 

Ada sesetengah dr contractor melayu ni, anggap biasalah senget sikit. Psg frame x nampak La. Cuma bg aku, kalau dah frame x pegang kuat pd dinding, kat Mana kekuatan cermin tu? 
Malaysia bukan ada gempa bumi pun. Itulah kebiasaan yg diajar kepada pekerja pekerja kita. Sampai masa br kita sedar dah terlambat nak betulkan staff kita.. Salh sendiri la, kalau aku bos dia mmg makan maki aku la. Well, sbb tu La pekerja aku x suka kerja dgn aku. CEREWET! ahh peduli apa, sapa suruh degil.


Apehal psg board mcm ni gaya? Ramai gak yg tanya apa poyo la benda yg aku buat nie. Poyo pun poyolah yg penting itu cara international contractor buat. Aku mula mula x paham jugak, sbb diorg kata cara ni mudah crack.  Kalau ikat batu bata kena bersilang silang sbb takut collapse tp kalau gypsum board, dia nk elakkan crack. Mula mula follow je tp rupenya ada sebab sebab tertentu. Gypsum ni menyerap kelembapan, lg tinggi kelembapan dalam bilik tu, lg cepat dia kembang tp bergantung pada keluasan permukaan board tu. Lg besar permukaan papan yg dipasang, ketahaan against kelembapan lg tinggi berbanding permukaan yg kecil. Itulah tujuaannya. Pedulikan la apa org nk cakap.


Papan siap di pasang dgn cara bahagian paling besar di Angkat ke atas bahagian ceiling duly, kemudian sebelah dia dr lantai pula. Kenapa?sbb plaster ceiling kemungkinan besar lebih lurus berbanding lantai. 


INI part yg paling aku suka. Taping! Aku x tau la berapa ramai yg guna paper tape tuk tutup joint pd board. Kalau guna fiber mesh tape (konon finer Sgt La) mmg hampir kesemua contractor. Mcm aku, aku paling suka guna kertas SBB DAH SAH SAH paper tape tu jenis non cracking system. NON CRACKING tu. 

Ada yg kata, kalau senang crack tu maksudnya pemasangan board x kuat la tu. Aku screw board setiap sejengkal pd bahagian tepi board, dan 30cm pd bahagian tgh. Nak diikutkan screw aku psg, lg byk Dr kebanyakan kontraktor yg puratanya 10 ke 15 bijik screw tuk satu papan. Ada jugak yg ikat screw 3 bijik kiri, 3 bijik kanan 3 bijik tgh. So yg patut rs takut crack tu bkn aku, tp dia. Apa pun, kontraktor Mana yg berani bg warranty lebih Dr 3 tahun? 10 tahun? 

Aku sorg je yg org selalu di panggil bodoh nie je La yg sanggup. Yg lain bual je lebih, pastu kalau ada masalah, nak contractor nk cari balik si tukang, call x Angkat....... 

Kalau cite bab untung rugi, mmg aku Kurg La untungnya. Tp yg penting, target aku besar, international. Minat aku pd drywall ni mmg dah x leh ubat. Aku aim tuk jd international contractor yg buat Rumah guna steel framing and drywall construction!  

Bykkan screw aku.


Ini bahagian yg org selalu panggil butt joint. Disebabkan aku pakai paper tape, bahagian butt joint tu akan jadi tebal sikit berbanding org yg pakai mesh tape.
Antara sebab kenapa board tu bersilang atau staggered senang nak cover butt joint. 

Indon tgk bengang je, sbb BG dia memalukan kaum dia buat mcm nie. Ahh, korg pakai net pastu nipis lak tu plasternya mmg La kecik je plaster tu. Sbb tu senang crack. Gegar sikit belakang, dah crack kat depan. Bila Tanya, owh mcm ni perkara biasa. 

Site supervisor tgh round.

Bucu nie sepatutnya 145° tp sbb x leh dapat sudut tu, sudut yg Mana boleh je la.

Ni bahagian yg buat kitorg musykil, nak pakai corner bead or terus plaster tanpa corner bead? Mula ingat nak plaster je, tp bila pk balik kalau terlanggar mudah terkopak. 

Kebanyakan kontraktor or pekerja Indon mmg x pakai corner bead ni, mahal. Katanya. BG aku, wajib pakai, 

Nak order corner bead 145°, lambat pulak sampai. Supplier kena order sbb x de stock. So tpaksala pakai corner bead biasa tp kena adjust sikit, plaster pun tebal TP X PE JANJI ADA! hehehe

Kerja tambahan, dia nak suruh tutup psg partition dgn pintu. Nampak x besi besi melintang bukan main byk. X de la byk sgt. Tu nk gantikan kayu pintu dgn nk kukuhkan dinding tu. Lg satu, nak screw board senang. 

Gantikan kayu dgn besi melintang tu cukup kuat ke nk tampung pintu? Simple plywood door biasa x de masalah, rivet je la.

Ramai yg ingat, bila psg kayu tu engsel pintu ngam teroxx ke dgn frame bila psg engsel? Kebanyakannya bukan kena pun, sbb frame pintu senget. Kayu kocai mana la yg betul betul lurus sekarang? Mn ada, kayu ketam ada la yg lurus tp mahal la. Corner bead pun x nak pakai. So aku decided buat mcm ni pastu rivet. Yg penting, bahagian frame pintu lurus. Kalau pintu 33" lubang pintu frame dibukak 33"+ 1/2". Sblm ukur kena pastikan lantai lurus ke tak. Kdg kdg senget gile tu.